sEmUaNya hAnYaLah cOrEtAn HaTi sEmAta2...
<-- SiNgGaH SiNi..

❀ U aLLz yG CoMeY!! (✿◠‿◠)

TeRpeNdaM di Hati..


Lappy

jadi staffnurse

handphone baru

bertunang

nak rasa pengalaman berniaga

Friday, 16 December 2011

ERTI DIRIMU PADAKU

Sedang asyik aku membaca majalah hiburan tetiba handphone ku berbunyi.
Di skrin tertera ‘Rizal calling
Dengan bermalas-malasan aku menjawab panggilan itu.
hello” terdengar di hujung talian. Lantas aku menjawab sapaan itu.
Sha,boleh tak petang ni kita jumpa kat taman?”
Sha tak boleh lah Zal.Sha sibuk.Sha ada banyak assignment nak sha siapkan
oh..okey lah..sorry ganggu..bye”, balas Rizal.
Dari nada suaranya,aku tahu Rizal agak kecewa dengan jawapan ku.
Ahh!! Apa aku peduli. Dia bukan sesiapa pun untuk aku turutkan segala permintaannya”.
Bukan sekali ini aku kecewakan nya tapi sudah banyak kali. Rizal hanyalah temanku sewaktu aku dalam kesusahan. Itulah kepentingannya Rizal padaku.


Hari ni aku keluar bersama Rizal. Kami makan disebuah restoran nasi kandar selepas ke perpustakaan. Rizal membantu aku menyiapkan assignment. Itulah Rizal padaku, jambatan untuk aku menyeberang dari kesusahan.
Aku selalu tidak pedulikan Rizal,sehinggakan aku langsung tidak tahu yang Rizal sedang bertarung nyawa. Rizal di sahkan menghidapi barah otak peringkat akhir. Aku tidak tahu itu. Jelaslah yang aku langsung tidak pedulikan dia sehinggalah disaat aku kehilangannya. Sekarang,barulah aku tahu betapa sepinya hidup aku tanpa Rizal disisi,betapa suramnya hariku tanpa gelak ketawanya,betapa kosongnya hidup ku tanpa senyum manisnya.
Kini hari-hari yang ku lalui terasa begitu sepi,dan hanya ditemani penyesalan yang tiada penghujungnya.
Tetapi,aku bersyukur disaat Rizal bertarung dengan sakaratulmaut aku ada disisinya. Rizal pergi dengan raut wajah yang begitu tenang dan betul-betul menikam kalbuku. Sungguh pedih dan berbisa.
Sewaktu Rizal masih disampingku,aku langsung tidak menghargai kehadirannya. Sekarang barulah aku sedar aku tidak sepatutnya memperlakukan Rizal sebegitu. Barulah aku merasa betul-betul kehilangannya.
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Amin..

3 comments:

ecah_amicable said...

sedih pulak... sma mcm arwah dy pergi tinggalkan ecah...

Amoychanteks said...

cerite betol or karya?

btw, folo this blog. happy blogging~

atieynyunie said...

amoy- karya semata2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...