Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Seawal 7 pagi
kami bertolak ke destinasi. Kami tiba di taman rekreasi itu selepas dua jam perjalanan. Penat mula terasa tetapi sebaik sahaja sampai
dan melihat pemandangan yang begitu menenangkan membuatkan aku rasa teruja.
Sudah lama aku tidak ke tempat rekreasi seperti ini. Sunggu tenang ku rasakan.
Aku leka memerhati anak sungai yang mengalir tenang sambil
tersenyum-senyum. Kalau ada yang melihat aku tika itu pasti mengatakan aku
gila. Tanpa aku sedari memang ada yan memerhatikan aku. Monyet yang
agaknya dari tadi memerhatikan aku,mula mengeluarkan bunyi dan menuju
kearah aku membuatkan aku terkejut dan panik.
Aku mula mengatur langkah seribu mengejar kawan-kawan yang
sudah jauh ke depan. Rupa-rupanya aku sudah ditinggalkan.
Sesampai sahaja ditempat mereka,semua mata memandang aku
dengan hairan. Mungkin tertanya-tanya apa yang telah terjadi.
“kenapa dengan kau ni macam di kejar pocong ja??”soal Eisya.
Aku mengeleng-geleng kan kepala.
“habis tu ap??”soal Dina pula.
Dalam keadaan termengah-mengah dengan selamba nya aku menjawab
soalan yang ditunggu-tunggu jawapannya.
“monyet”sepatah perkataan yang mampu aku keluarkan.
“monyet”sepatah perkataan yang mampu aku keluarkan.
Dengan rasa tanpa simpati aku di ketawa kan oleh kawan-kawan
ku sendiri. Aku merasakan muka aku sudah merah padam di ketawakan. Kurang asam
punya kawan. Bertambah-tambah malu aku bila kawan-kawan tunang sarah turut
terbahak-bahak ketawakan aku.
******************************************************************************
Terhibur hatiku bila melihat telatah kawan-kawan ku
bermainair. Kalah budak-budak. Aku tersenyum sendiri. Hatiku dicuit kembali
kenangan bersama Aizat. Dulu aku dengan Aizat macam sarah dengan tunangnya.
Sentiasa ceria. Tetapi kini luka yang masih berdarah di tinggalkan untuk ku.
Sedang aku asyik berkhayal,tiba-tiba aku terasa seperti ada
sesuatu yang menghampiri aku. Lantas aku menoleh. Terkejut aku di buatnya. Rupa-rupanya Iwan
kawan tunang Sarah. Dia tersenyum melihat gelagat aku yang terkejut dengan
kedatangannya.
“maaf.saya buat awak terkejut.”ujarnya sambil menguntum
senyum yang manis.
“sokay .. nasib baik saya tak ada sakit jantung. Kalau x da
lama pergi..” aku membalas sambil tersenyum.
“saya tengok jauh je awak mengelamun.ingat boyfriend ye??”
“ish!! Awak ni kesitu pulak. Mana ada. Saya cuma menghayati
alam sekitar je.pandai-pandai je cakap orang ingat boyfriend.”. kami sama-sama
tergelak.
Kami bersembang rancak. Aku tidak
tahu kenapa aku begitu selesa dengan Iwan. Mungkin kerana sikap nya yang membuatkan aku menyenangi nya.
Hari ini berlalu penuh dengan kepenatan dan kegembiraan. Kami pulang pada sebelah petang setelah puas
meronda-ronda.
Hati aku tercuit melihat gelagat Eisya dan Aimi yang
tergelak melihat kembali gambar-gambar
yang telah di snap tadi.
“eh,Eisya kau tak nak balik bilik kau lagi ke? Dah pukul
satu pun. Dah-dah lah esok lah plak kau tengok.”
“kau halau aku Iman. Sampai hati kau.”balas Eisya.
Aku tergelak bila Eisya buat muka dan terus melangkah keluar
dari bilikku. Dia selalu begitu. suka sangat buat muka yang entah apa-apa.
No comments:
Post a Comment