sEmUaNya hAnYaLah cOrEtAn HaTi sEmAta2...
<-- SiNgGaH SiNi..

❀ U aLLz yG CoMeY!! (✿◠‿◠)

TeRpeNdaM di Hati..


Lappy

jadi staffnurse

handphone baru

bertunang

nak rasa pengalaman berniaga

Monday, 2 April 2012

Siapakah di hati ku (1)


“Assalamualaikum!! Eh, rancaknya berbual. Ada gosip terbaru ke?”.. sapa aku bila tengok dua teman karib ku sedang rancak bercerita.
“ntah apalah yang syok sangat tu”bisik hati ku.
“Eh! Ko ni kot ye pun bagi lah salam dulu. Ni tak main terjah je. Nasib aku ni takda lemah jantung,kalau tak dah lama pi..”
“Cik sarah sayang...saya dah bagi salam pun..awak tu aje yang  tak sedar. Jawab salam pun nidak..”jawab aku..
“Ye ke?? Malu aku..hehehehe”. muka sarah merah menahan malu.
“Sarah,Nina apa yang korang borak kan ni??” Tanya aku dengan serius..
“takdalah kami rancang nak pergi picnic hujung minggu ni. Tengah bincang la ni. Kau nak ikut tak Iman??”soal Nina serius seraya membulatkan mata nya.
“Ermm...sapa lagi yang pergi??”
“Aku,Nina,Aimi,Eisya dan Dina..kau nk ikut tak?? Mai la..lagi ramai lagi bagus.”
“Aku rasa aku tak ikut kot..aku nak rehat je la hujung minggu ni”.
Sarah dan Nina mula membuat muka tanda tidak setuju dengan jawapan yang aku berikan tu..
Sebenarnya bukan aku taknak join,tapi aku tengah serabut. Aku baru je putus tunang minggu lepas. Perkara tu masih bermain-main dalam fikiran ku. Aku masih tidak dapat lupa kan Muhammad Aizat tu..bekas tunang aku,yang sanggup luka kan hati aku.Luka tu masih berdarah lagi. Aku takut aku akan bawa masalah ni bersama semasa picnic nanti dan semesti nya akan menggangu.

*************************************************************************

“Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Esa lagi Maha Kuasa. Engkau tabahkan lah hatiku Ya Allah,untuk menghadapi semua cabaran dan dugaan yang Engkau berikan pada hamba mu yang kerdil ini Ya Allah.Beri kan lah aku kekuatan untuk melihat orang yang aku sayang bergembira di samping orang lain.Aku tahu Ya Allah sesungguhnya Engkau telah takdirkan yang terbaik untuk hamba Mu ini dan aku pasrah menerimanya. ”
Air mata aku laju turun ke pipi,membasahi telekung putih yang masih setia membalut tubuhku.
Sesungguhnya aku tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Setelah 2 tahun bertunang, akhirnya putus begitu saja tanpa aku tahu sebab sebenarnya. Tambah pilu hati ku bila mendapat tahu Aizat,bekas tunang ku akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya dulu. Betullah orang kata,bertunang lama-lama banyak cabaran nya. Setelah apa yang berlaku hati ku sedikit tertutup untuk lelaki. Kepercayaan aku kepada lelaki telah pudar.

“Apa yang kau menungkan ni Iman?? Telekung tak di buka lagi dah termenung.”sapa Aimi dari belakang membuatkan aku sedikit terperanjat.
 Aimi adalh roomate aku di kolej ni. Aku menoleh memandang Aimi dengan pandangan kosong dan seraya ku geleng-gelengkan kepala .
“Iman kau ikut sekali erk hujung minggu ni?? Kau pergi tenang kan fikiran kau tu. Aku tahu apa yang ada dalam kepala kau tu. Dah-dah la,tak usah di fikirkan lagi.”nasihat Aimi sambil melangkah keluar dari bilik.
Aku buntu. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan untuk lupakan Aizat.Dia lah cinta pertama aku. Mungkin betul kata Aimi aku patut tenang kan fikiran ku yang semakin kusut ni.
“Ah!! Perlu ke aku fikirkan semua ni??!!” gerutu hati ku. Dengan langkah yang lemah longlai aku bangun dan menghumban diri di atas katil.





to be continue.. :-)jika sudi sila tinggal kan komen anda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...