Assalamualaikum n salam satu malaysia..
Apa khabar sume? hrp2 sht laa kan,,.. hari ni atieyn nk ber pot pet pasal kawan,sahabat dan teman..
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
semua orang ada sahabat masing2 kan.. Kadang2 ada kawan ramai ni bagus jugak.. time2 susah bley lah mntak tolong..betol x?? tu pon kalau ada lah yg nk tolong kan.. tetapi kebanyakkan nya kawan ni bila kita susah semua hilang ntah kemana... lenyap terus.. tak dapat di kesan... tapi time dorang susah,sesak..hah, time 2 lah datang melutut bagai nk rak mntak tolong.. time susah kawan,time senang mungkin boleh jadi lawan kot.. 2 laa menyampah kalau ada kawan macam ni.. law taknak tolong kan kesian sebab kawan... hal macam ni boleh buat kita dalam dilema kan...tak taw apa nk buat...
orang macam ni boleh anggap kawan,sahabat n teman ke?? layak ke dorang nk guna title 2?? papepon berkawan ni biar lah ikhlas... jangan kat depan berlagak baik,tapi kt belakang mengutuk macam nk runtuh menara KL tu... baik tak payah berkawan law macam 2..p dok lam hutan dengan tarzan nuh..lagi baguih.. Tarzan pon hargai kawan dia.. Berkawan biar lah berpada. jangan lah pula nanti, permata tak dapt dicari tapi kaca pula yang menghiris jari..
Sahabat boleh mempengaruhi peribadi seseorang. ini telah jelas di perkatakan dalam surah at-Taubah ayat 119 iaitu:
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.”
jika kita berkawan dengan orang mampu memimpin kita ke jalan yang benar,nescaya kita akan menuju kearah itu..
Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat ayat 13)
sesungguh nya Allah mencipta kan kita daripada pelbagai bangsa,agama,budaya,warna kulit dan bahasa adalah untuk kita saling kenal mengenali dan memimpin ke arah kebaikan,bukan untuk menjatuhkan antara satu sama lain. jadi mari lah sama-sama kita muhasabah diri kita,adakah kita ini sesuai untuk di jadikan seorang sahabat,teman dan kawan?? renung2 kan lah...
No comments:
Post a Comment