sEmUaNya hAnYaLah cOrEtAn HaTi sEmAta2...
<-- SiNgGaH SiNi..

❀ U aLLz yG CoMeY!! (✿◠‿◠)

TeRpeNdaM di Hati..


Lappy

jadi staffnurse

handphone baru

bertunang

nak rasa pengalaman berniaga

Monday, 6 February 2012

RahSiA Di SeBaLiK YaNg TeRsUrAt::SuRaTuL iKhLaS


assalamualaikum wbt..

Di petang yang shahdu ni mari lah sama-sama kita menghayati apa sebenarnya yang tersirat di sebalik tersuratnya kandungan suratul ikhlas ini..






bismillahirrahmanirrahim
 
dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Pengasihani




qul huallahu ahad 
katakanlah Allah (hanya) satu 


perintah pengakuan individu mengakui keesaan allah sekaligus perintah seruan menyampaikan ajaran tauhid ke seluruh kelompok umat. 
ianya bermaksud pemusatan keimanan makhluk mukallaf kepada pusat kekuasaan jagat raya iaitu sehingga mencapai makrifat ke hadrat ilahi



 Allahus somad


Allah tempat bergantung (rujukkan)

 

isyarat jelas betapa setiap aktiviti mesti berpandukan sistem yang ditetapkannya melalui addin iaitu sistem kehidupan berpandukan alquran dan sunnah dan sebarang kemusykilan dalam menjalani aktiviti hidup ini mestilah merujuk kepada kalamnya dan penerangan melalui sunnah rasulnya. sebarang harapan harus berpusat kepada nya dan tidak selainnya kerana hanya Dialah saja satu-satunya sumber pengharapan bagi penyelesaian sebarang permasalahan .





lam yalid wa lam yulad
 

tidak (selamanya takkan) beranak (terbahagi) dan tidak (selamanya 
takkan) diperanakkan 



mengisyaratkan kewujudanNya sejak mula tanpa ada sebarang proses kejadian bermaksud ianya tidak terpisah dari sesuatu yang lain sejak azali serta menunjukkan tidak ada sebarang proses pembahagian dari kewujudanNya atau pengklonan yang tak akan berlaku dan selamanya ia tetap wujud dari azali tanpa terpisah dari sesuatu atau membahagi kepada sesuatu yang lain sejak azali dan iaNya kekal satu selamanya.




wa lam yakul lahu kufuan ahad
 

dan tidak (selamanya takkan) terjadi baginya persamaan (dari 
segi) keesaan 




pernyataan jelas tidak akan ada sebarang makhluk yang dapat menyamai keesaan Allah yang kewujudanNya bukan dari suatu proses dan tidak wujud pula sebarang pengklonan dariNya. Dia tetap esa selamanya tanpa menyerupai sebarang objek dari segala segi.  









MENTAUHIDKAN ALLAH DAN MENYAMPAIKAN SERUAN TAUHID ITU 

ADALAH KEWAJIPAN SETIAP INDIVIDU KEPADA SELURUH UMMAH. 

SESUNGGUHNYA TIADA PENGHARAPAN YANG HARUS DILETAKKAN 

SELAIN DARI ALLAH.  MAKA
 KESUDAHAN YANG BAIK ITU BAGI MEREKA YANG BERTAKWA  







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...