sEmUaNya hAnYaLah cOrEtAn HaTi sEmAta2...
<-- SiNgGaH SiNi..

❀ U aLLz yG CoMeY!! (✿◠‿◠)

TeRpeNdaM di Hati..


Lappy

jadi staffnurse

handphone baru

bertunang

nak rasa pengalaman berniaga

Thursday, 26 April 2012

Siapakah di hati ku(3)


Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Seawal 7 pagi kami bertolak ke destinasi. Kami tiba di taman rekreasi  itu selepas dua jam perjalanan.  Penat mula terasa tetapi sebaik sahaja sampai dan melihat pemandangan yang begitu menenangkan membuatkan aku rasa teruja. Sudah lama aku tidak ke tempat rekreasi seperti ini. Sunggu tenang ku rasakan.
Aku leka memerhati anak sungai yang mengalir tenang sambil tersenyum-senyum. Kalau ada yang melihat aku tika itu pasti mengatakan aku gila. Tanpa aku sedari memang ada yan memerhatikan aku. Monyet  yang  agaknya dari tadi memerhatikan aku,mula mengeluarkan bunyi dan menuju kearah aku membuatkan aku terkejut dan panik.
Aku mula mengatur langkah seribu mengejar kawan-kawan yang sudah jauh ke depan. Rupa-rupanya aku sudah ditinggalkan.
Sesampai sahaja ditempat mereka,semua mata memandang aku dengan hairan. Mungkin tertanya-tanya apa yang telah terjadi.
“kenapa dengan kau ni macam di kejar pocong ja??”soal Eisya.
Aku mengeleng-geleng kan kepala.
“habis tu ap??”soal Dina pula.
Dalam keadaan termengah-mengah dengan selamba nya aku menjawab soalan yang  ditunggu-tunggu jawapannya.
“monyet”sepatah perkataan yang mampu aku keluarkan.
Dengan rasa tanpa simpati aku di ketawa kan oleh kawan-kawan ku sendiri. Aku merasakan muka aku sudah merah padam di ketawakan. Kurang asam punya kawan. Bertambah-tambah malu aku bila kawan-kawan tunang sarah turut terbahak-bahak ketawakan aku.

******************************************************************************
Terhibur hatiku bila melihat telatah kawan-kawan ku bermainair. Kalah budak-budak. Aku tersenyum sendiri. Hatiku dicuit kembali kenangan bersama Aizat. Dulu aku dengan Aizat macam sarah dengan tunangnya. Sentiasa ceria. Tetapi kini luka yang masih berdarah di tinggalkan untuk ku.
Sedang aku asyik berkhayal,tiba-tiba aku terasa seperti ada sesuatu yang menghampiri aku. Lantas aku menoleh.  Terkejut aku di buatnya. Rupa-rupanya Iwan kawan tunang Sarah. Dia tersenyum melihat gelagat aku yang terkejut dengan kedatangannya.
“maaf.saya buat awak terkejut.”ujarnya sambil menguntum senyum yang manis.
“sokay .. nasib baik saya tak ada sakit jantung. Kalau x da lama pergi..” aku membalas sambil tersenyum.
“saya tengok jauh je awak mengelamun.ingat boyfriend ye??”
“ish!! Awak ni kesitu pulak. Mana ada. Saya cuma menghayati alam sekitar je.pandai-pandai je cakap orang ingat boyfriend.”. kami sama-sama tergelak.
Kami bersembang rancak. Aku tidak tahu kenapa aku begitu selesa dengan Iwan. Mungkin kerana sikap nya yang  membuatkan aku menyenangi nya.


Hari ini berlalu penuh dengan kepenatan dan kegembiraan.  Kami pulang pada sebelah petang setelah puas meronda-ronda.
Hati aku tercuit melihat gelagat Eisya dan Aimi yang tergelak melihat kembali gambar-gambar  yang telah di snap tadi.
“eh,Eisya kau tak nak balik bilik kau lagi ke? Dah pukul satu pun. Dah-dah lah esok lah plak kau tengok.”
“kau halau aku Iman. Sampai hati kau.”balas Eisya.
Aku tergelak bila Eisya buat muka dan terus melangkah keluar dari bilikku. Dia selalu begitu. suka sangat buat muka yang entah apa-apa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...