Pada minggu ni,saya di tugaskan di wad
paediatric(wad kanak-kanak)..keadaan wad agak lengang..tak ramai pulak kanak2.
Saya melakukan tugas seperti biasa..check tekanan darah,suhu tu dah jadi rutin.
Bila dok wad knak2 ni biasa lah..tangisan sahut menyahut tu dah jd kebiasaan
dah.
Seorang staff nurse meminta saya melakukan
bed making dekat bilik 6 iaitu bilik utk knk2 yg mengalami masalah renal(buah
pinggang) kerana ada pesakit baru yg hendak masuk.
Seorang kanak2 yg berada di katil
bertentangan dengan katil tersebut bertanya kepada saya..
“kak misi ada orang nak masuk ke??”
“yelah.ada orang baru nak masuk.dia nak duduk
sini”
“orang baru ke orang buruk kak misi??”
Saya terdiam.berfikir sejenak.apa yg
sebenarnya mahu diperkatakan oleh kanak2 tersebut.
“mestilah orang baru dik,mana ada orang
buruk.”
“adalah orang buruk kak misi.macam kami nih
orang buruk lah.sakit mestilah buruk.”
Saya terpaku mendengar jawapan kanak2
itu.kelu lidah.saya hanya mampu tersenyum.sampai begitu sekali kanak2 itu
berfikir.sepanjang saya berada di situ,tak pernah nampak langsung ahli keluarga
datang menjenguk kanak2 itu.mungkin di sebab kan itu dia berasa dirinya begitu.
Sedih menyelubungi hatiku.
Kanak2 itu sentiasa ceria.petah sekali
bercakap.ada aje topiknya. Mungkin betul kata orang,sesiapa yg sentiasa gembira
dan ceria sebenarnya orang itu adalah orang paling banyak masalah dan tiada
siapa yg tahu sebenarnya dia sedang bersedih. Dia bergembira untuk sembunyikan
kesedihannya. Wallahuallam..
SaLaM sAyAng,