sEmUaNya hAnYaLah cOrEtAn HaTi sEmAta2...
<-- SiNgGaH SiNi..

❀ U aLLz yG CoMeY!! (✿◠‿◠)

TeRpeNdaM di Hati..


Lappy

jadi staffnurse

handphone baru

bertunang

nak rasa pengalaman berniaga

Friday 10 May 2013

Hati kanak-kanak itu..

Pada minggu ni,saya di tugaskan di wad paediatric(wad kanak-kanak)..keadaan wad agak lengang..tak ramai pulak kanak2. Saya melakukan tugas seperti biasa..check tekanan darah,suhu tu dah jadi rutin. Bila dok wad knak2 ni biasa lah..tangisan sahut menyahut tu dah jd kebiasaan dah.
Seorang staff nurse meminta saya melakukan bed making dekat bilik 6 iaitu bilik utk knk2 yg mengalami masalah renal(buah pinggang) kerana ada pesakit baru yg hendak masuk.
Seorang kanak2 yg berada di katil bertentangan dengan katil tersebut bertanya kepada saya..
“kak misi ada orang nak masuk ke??”
“yelah.ada orang baru nak masuk.dia nak duduk sini”
“orang baru ke orang buruk kak misi??”
Saya terdiam.berfikir sejenak.apa yg sebenarnya mahu diperkatakan oleh kanak2 tersebut.
“mestilah orang baru dik,mana ada orang buruk.”
“adalah orang buruk kak misi.macam kami nih orang buruk lah.sakit mestilah buruk.”
Saya terpaku mendengar jawapan kanak2 itu.kelu lidah.saya hanya mampu tersenyum.sampai begitu sekali kanak2 itu berfikir.sepanjang saya berada di situ,tak pernah nampak langsung ahli keluarga datang menjenguk kanak2 itu.mungkin di sebab kan itu dia berasa dirinya begitu. Sedih menyelubungi hatiku.
Kanak2 itu sentiasa ceria.petah sekali bercakap.ada aje topiknya. Mungkin betul kata orang,sesiapa yg sentiasa gembira dan ceria sebenarnya orang itu adalah orang paling banyak masalah dan tiada siapa yg tahu sebenarnya dia sedang bersedih. Dia bergembira untuk sembunyikan kesedihannya. Wallahuallam..

SaLaM sAyAng,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...